mawi hisap dadahMawi tak hisap dadah!! Mawi kata. Apa orang kata?? Kalau ada angin atau monyet baru pokok akan bergoyang kan?? Macam mana ni Mawi? Memanglah amik ujian air kencing tu betul untuk menidakkan yang dia nih amik dadah..Tapi Mawi pun bijak, takkan nak amik dadah sebelum ujian air kencing. Apa kata buat ujian air kencing secara rawak atau random? Baru betul kan !! Takperlah Mawi, kalau betul Mawi tak hisap dadah, dan Mawi benci dadah, baguslah. Tapi kenapa ada berita yang Mawi ambil dadah. Mungkin amik Bal @ Ganja jer kot?? Namun yang demikian, Mawi telah menidakkan berita itu, saksikan sajian harian metro di bawah..

SERI KEMBANGAN: Pemenang anugerah Artis Paling Popular Berita Harian (ABPBH) Mawi bersumpah tidak pernah mengambil dadah dan bersedia menjalani ujian air kencing pada bila-bila masa.

Kenyataan itu dibuat Mawi sewaktu ditemubual pihak media sebaik selesai memberi penjelasan kepada peminat menerusi rancangan AC Di Sini yang disiarkan secara langsung di Astro, semalam. “Saya tidak gentar. Berani kerana benar. Cuma sebaik cerita itu tersiar di akhbar, saya tertekan kerana kebanyakan maklum balas diterima ibarat mengesahkan saya mengambil ‘benda haram’ itu.

“Apa yang lebih menyedihkan apabila keluarga saya turut menerima tempiasnya terutama ibu. Di sini, sekali lagi saya ingin katakan terutama kepada ibu bahawa saya tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu,” katanya.

Mawi turut menjelaskan, peminat di kota mungkin faham kedudukan sebenar kerana tahu menilai berita yang dibaca tetapi tidak bagi mereka di luar bandar.

“Saya sendiri berasal dari Felda Taib Andak, (Kulai, Johor). Jadi saya tahu bagaimana penerimaan mereka. Selalunya peminat di kampung apabila membaca tajuknya saja sudah percaya, sekali gus terus menghukum dengan mengatakan memang benar saya melakukannya,” katanya

Menjawab pertanyaan kemungkinan peminat mempercayai berita itu kerana sikapnya sebelum ini yang sering menafikan cerita benar mengenai dirinya seperti hubungannya dengan Ekin dan juga kisah cek yang ditandatangani atas nama pelakon bersiri Kawan itu, Mawi berkata:

“Saya tidak nafikan perkara seperti itu yang pernah berlaku sebelum ini turut mempengaruhi pembaca atau peminat. Saya akui ia kemungkinan turut memberi kesan,” katanya.

Harian Metro pada 9 Julai lalu menyiarkan dakwaan seorang kenalan Mawi yang mendakwa penyanyi itu menyuruhnya mendapatkan bekalan dadah selepas tidak tahan ketagihan ketika berada di Australia sewaktu bercuti bersama peminatnya, kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, penyanyi popular itu ketika ditemui semalam menafikan dakwaan terbaru itu dan menyifatkannya sebagai fitnah oleh pihak tertentu untuk merosakkan imejnya.


Related posts:

  1. Erra Bohong Lagi
  2. Pak Lah Kahwin Ari Sabtu pt 4
  3. Erra & Hans Isaac Break Off
  4. Ina Naim Engaged !!
  5. Cikgu Bribe Student for Sexual Harrasment

Enter your email address to get the latest news on xBrain's Story. You will not regret it, bet me:

Delivered by xBrain